Wednesday, February 17, 2010

Tutorial Photoshop : Kesan Khas Teks, Reflection

Tutorial : Kesan Khas Teks, Reflection
Level : Mudah
Jangka Masa : 5 Minit
Perisian : Adobe Photoshop CS3
Penulisan Oleh : Mr Pixie


1) Hasilkan sebarang perkataan dan kesan khas sebagai contoh saya hasilkan
seperti gambar rajah di bawah ini.


2) Right Click pada layer teks Multimedia > Duplicate Layer

3) Rename Layer tersebut kepada "reflect"

4) Right Click layer reflect > Smart Object

5) Edit > Transform > Flip Vertical (Hasilnya adalah seperti gambar rajah di bawah


6) Klik pada ikon Add vector mask


7) Gunakan Gradient tool, kemudian tarik dari atas ke bawah penunjuk tetikus di atas layer mask. (Seperti gambar rajah di bawah)


8) Bagi mendapatkan hasil terbaik, ubah nilai opacity pada layer reflect, agar kesan yang diperolehi bertambah realistik, Selamat Mencuba.

Tips & Trick Photoshop : Copy Layer Style

Tips & Trick : Copy Layer Style
Tujuan : Membuat salinan pantas layer yang mengandungi Kesan Khas/LayerStyle
Perisian : Adobe Photoshop CS3
Penulisan oleh :Mr Pixie

1) Mari kita mulakan, sebagai contoh saya tunjukkan pada gambar rajah dibawah. Sebagaimana yang anda lihat terdapat dua ayat utama iaitu Pixie Studio dan Design & Multimedia. Hanya ayat Pixie Studio sahaja diletakkan kesan khas. Tutorial ini akan mengajar anda cara untuk meletakkan kesan khas yang sama pada teks Design & Multimedia.

* hanya perkataan Pixie Studio sahaja mempunyai Kesan Khas/LayerStyle

2) Right Click pada pada layer Design & Multimedia


3) Copy Layer style



4) Kemudian Klik layer teks Pixie Studio, dan Klik
Paste Layer Style.



5) Lihat Hasil Terakhir pada Gambar rajah 5, Mudah bukan?


*pengubahsuaian kadang kala perlu dilakukan pada pilihan option layer style, contohnya stroke perlu dinipiskan sedikit jika objek/teks yang di Paste adalah lebih kecil daripada objek sebenar ^^ Mudah bukan?

Tuesday, February 16, 2010

Tips & Trick Illustrator : Simplify

Tips & Trick : Menggunakan fungsi Simplify
Tujuan : Meluruskan dan mencantikkan line/stroke
Perisian : Adobe Illustrator CS3
Penulisan oleh :Mr Pixie

1) Sepertimana yang dapat diperhatikan di rajah bawah, satu garisan di atas sekali berkedut2 dan tidak lurus, ini akan mencacatkan lagi garisan dan cara untuk memperbaikinya dalah seperti berikut.

*Vertex(titik/point) harus dikurangkan bagi mendapatkan 1 garisan yg berkualiti ^^



2) Aktifkan garisan tersebut, dan lakukan arahan berikut (Object > Path > Simplify)



3) Tick kekotak Preview, kemudian alihkan handle Curve Precision 50% atau yang sesuai bagi Artwork anda. Perhatikan apa yg berlaku kepada garisan tadi.




4) Kesannya garisan akan menjadi lebih berkualiti, dan vertex akan berkurangan memudahkan anda melakukan pengubahsuaian.
p/s : Walaubagaimanapun tidak kesemuanya situasi perlu melalui Simplify, terserah bagaimana kualiti line yang anda ingin perolehi ^^

Monday, February 15, 2010

Tutorial Illustrator : Pen Tools (ASAS)

Tutorial : Menggunakan Pen Tools (Asas)
Level : Mudah
Jangka Masa : 5 Minit
Perisian : Adobe Illustrator CS3
Penulisan Oleh : Mr Pixie

Pengenalan : Untuk menghasilkan pelbagai rekaan Vector menggunakan Illustrator, Pen Tools merupakan satu alat yang sangat penting dan membantu dalam menghasilkan pelbagai jenis rekaan simbol. Pen Tools mudah digunakan tetapi jika tersalah cara penggunaan ianya akan memeningkan kita ^^ Berikut merupakan langkah mudah menggunakan Pen Tools.


1) Mulakan membuka perisian Illustrator, saya menggunakan versi CS3, untuk memudahkan pembelajaran kali ini saya menggunakan point yang ditandani oleh abjab2.

2) Tekan Icon pen Tools atau Klik P (shorcut key), kemudian klik sekali pada point A dan kemudian klik point B tanpa melepaskan mouse dan adjust sehingga membentuk lekungan seperti berikut ^^

3) Akan kelihatan satu palang yang panjang atau handle bertujuan mengawal lengkungan setelah satu garisan dihasilkan.



4) Kemudian Matikan handle tersebut dengan klik sekali pada point B. Handle tersebut akan tinggal separuh sahaja seperti rajah di bawah ini ^^


5) Dengan kiraan jarak 2 kotak, klik ke point C pula tanpa lepas kemudian buat lengkungan yang sama seperti titik A ke B.

6) Seperti biasa matikan point C dengan klik ke point tersebut.



7) Buat beberapa point lagi untuk memahirkan diri dengan penggunaan Pen Tool ^^



p/s : Mr Pixie sangat suka menggunakan Pen Tools, hampir keseluruhan kerja menggunakan tool ini ^^

Tutorial Photoshop : Menaikkan Seri Warna Gambar

Tutorial : Menaikkan Seri Warna Gambar
Level : Mudah
Jangka Masa : 5 Minit
Perisian : Adobe Photoshop CS3
Penulisan Oleh : Mr Pixie

Pengenalan : Gambar yang dirakamkan oleh kamera digital kadang kala perlu dibuat ubahsuai agar warna yang dilihat lebih menyerlah dan naik. Berikut merupakan tutorial mudah yang boleh dibuat dan kesannya amat hebat!

1) Seperti biasa, buka perisian Photoshop anda, saya menggunakan versi CS3. Berikut merupakan contoh gambar yang saya akan lakukan pengubahsuaian. Gambar berikut sekali pandang memang nampak sempurna tetapi 2 kali pandang ada masalah dari segi warna. Kabur, dan warnanya tidak menyerlah.



2) Klik Image > Adjusments > Color Contrast (kesan pantas dapat dilihat, warnanya sudah kembali ke asal. Namun masih perlu lakukan pengubahsuaian lagi.


3) Kemudian Klik CTRL + M bagi membuka tetingkap Curves, buat satu lengkungan seperti rajah di bawah, lihat kesan yang terhasil, warnanya semakin pekat dan naik. ^^ ( Awas jangan berlebihan sangat lekungannya)


4) Gunakan Eliptical Marquee Tool untuk membuat pilihan bulatan seperti rajah di bawah ini.




5) Kemudian klik CTRL + SHIFT + I untuk menterbalikan selection

6) Tambahkan layer baru, dan masukkan warna hitam di dalam pilihan bulatan tersebut. Nyahaktifkan pilihan dengan Klik CTRL + D (Deselect) untuk membuang garisan putus2 tersebut.


7) Masukkan kesan khas Gaussion Blur( Filter > Blur > Gaussion Blur) pada layer tersebut, hasilnya adalah sepertti di bawah.


8) Setkan Color Mode kepada- Overlay set opacity pada nilai kadar yang sesuai seperti 30 hingga 50 percent

9) Untuk kemaskan lagi klik Filter > Blur > Radial Blur, pilih mode Zoom dan lihat kesan yang dihasilkan ^^
p/s : bagaimana mudah kan? ^^

Tutorial Photoshop : Color Halftone

Tutorial : Color Halftone
Level : Mudah
Jangka Masa : 5 Minit
Perisian : Adobe Photoshop CS3
Penulisan Oleh : Mr Pixie

Pengenalan : Kesan Khas Halftone banyak digunakan pada rekaan grafik dan ianya sangat membantu dalam menambahkan kepelbagaian corak dalam rekaan grafik kita. Terdapat cara mudah menghasilkannya, salah satunya adalah menggunakan Brushes yg boleh didownload secara percuma di internet, tetapi bagaimana menghasilkannya secara manual?

1) Buka perisian Photoshop anda, saya menggunakan versi CS3.
2) Hasilkan corak mudah seperti bentuk bintang ^^ seperti rajah dibawah.
3) Aktifkan objek bintang dengan menekan kekunci ALT dan Klik tanpa lepas pada layer Bintang dengan menggunakan butang kanan tetikus. (Akan kelihatan garisan putus2 pada objek bintang tersebut)

4) Kemudian klik Window > Channels
5) Buka Channel Baru
6) CTRL + D (bagi menghilangkan selection pada bintang tersebut) garisan putus2 akan hilang.

7) Masukkan kesan Gausion Blur dengan cara Filter > Blur > Gausion Blur ( Masukkan nilai yang sesuai contoh saya masukkan 16 Pastikan ianya tidak terlalu kabur. Hasilnya adalah seperti di bawah.

8) Kemudian, Klik Filter > Pixelate > Color Halftone ( Masukkan nilai 13 atau yang sesuai bagi mengawal size halftone tersebut)
9) Hasil yang akan diperolehi adalah seperti berikut ^^ Bersabar masih belum selesai langkah seterusnya adalah :

9b) Klik ALT tanpa lepas dan Klik layer Halftone di dalam channerl tadi tanpa lepas dan klik butang kanan pada tetikus anda. ( Garisan putus2 akan terhasil) Aktifkan layer RGB di dalam Channel tadi.


10) Masuk kembali ke tetingkap Layer, buka layer baru dan masukkan warna pilihan anda ^^ Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan rekaan menggunakan corak tersebut.

p/s : mudah bukan? ^^

Selamat Datang ke Blog Rekaan Grafik

Selamat Datang ke Blog ini, ^^ blog ini dibuka untuk berkongsi Tips2, dan rekaan grafik dengan peminat2 grafik di negara ini. Blog ini juga mengandungi Tutorial mudah dan menarik untuk anda ikuti dan pelajari dengan menggunakan perisian grafik seperti photoshop dan illustrator. Semoga perkongsian maklumat ini memberikan faedah & kebaikkan kpd anda.

Terima Kasih,
Mr Pixie, Pixie Studio