Monday, February 15, 2010

Tutorial Illustrator : Pen Tools (ASAS)

Tutorial : Menggunakan Pen Tools (Asas)
Level : Mudah
Jangka Masa : 5 Minit
Perisian : Adobe Illustrator CS3
Penulisan Oleh : Mr Pixie

Pengenalan : Untuk menghasilkan pelbagai rekaan Vector menggunakan Illustrator, Pen Tools merupakan satu alat yang sangat penting dan membantu dalam menghasilkan pelbagai jenis rekaan simbol. Pen Tools mudah digunakan tetapi jika tersalah cara penggunaan ianya akan memeningkan kita ^^ Berikut merupakan langkah mudah menggunakan Pen Tools.


1) Mulakan membuka perisian Illustrator, saya menggunakan versi CS3, untuk memudahkan pembelajaran kali ini saya menggunakan point yang ditandani oleh abjab2.

2) Tekan Icon pen Tools atau Klik P (shorcut key), kemudian klik sekali pada point A dan kemudian klik point B tanpa melepaskan mouse dan adjust sehingga membentuk lekungan seperti berikut ^^

3) Akan kelihatan satu palang yang panjang atau handle bertujuan mengawal lengkungan setelah satu garisan dihasilkan.



4) Kemudian Matikan handle tersebut dengan klik sekali pada point B. Handle tersebut akan tinggal separuh sahaja seperti rajah di bawah ini ^^


5) Dengan kiraan jarak 2 kotak, klik ke point C pula tanpa lepas kemudian buat lengkungan yang sama seperti titik A ke B.

6) Seperti biasa matikan point C dengan klik ke point tersebut.



7) Buat beberapa point lagi untuk memahirkan diri dengan penggunaan Pen Tool ^^



p/s : Mr Pixie sangat suka menggunakan Pen Tools, hampir keseluruhan kerja menggunakan tool ini ^^

No comments:

Post a Comment